WeLcOmE tO mY wOrLd

Wednesday, October 7, 2015

Memory Remains

 Edisi bergambar. 
Kali ni aku nak tunjuk kat korang gambar2 kereta kancil kesayangan aku
kancil ni aku beli kat CC aku masa keje kat JPS Kinta dulu
Aku tukar enjin Mira L200S turbo dan make over to L5 Classic + Loco theme

Tapi kete ni aku dah jual hihihi.....
Kononnya nak pencen dari main K-car la
Jom kita tengok















Back To School

Kalau korang terer cuba cari mana satu aku. Ni pic masa aku Form 5
Teka....teka....teka.....
Ni bukan pic budak2 laki kelas aku. Budak2 laki kelas campur2 ni. Ada budak kelas aku dan kelas sebelah

Dah jumpa ke aku yang mana satu? 
Cuba tengok barisan tengah. Pandang kiri.
Yang nombor 3 dari kiri tu lah aku
Mesti korang kata cute kan (Perasannnn.....hehehe)
Yang pengawas kat depan sekali tu nama dia Azhar bin Harun
Dia budak kelas sebelah
Beliau baru saja meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah
Semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan insan-insan terpilih.

Yang bawah ni plak gambar budak2 kelas aku
Budak lelaki memang banyak ni jer. Tak ramai pun
Masa ni aku dalam Tingkatan 5 F Sekolah Menengah Kamunting Tahun 1994
Korang cari sendirilah aku yang mana satu berpandukan pic yang kat atas tadi hihihihi.......


Kadang-kadang terfikir gak nak kembali ke sekolah. Seronok waktu tu
Happy jer....tapi apakan daya. Umur semakin meningkat. Takkan nak dok kat sekolah plak hihihi

Flyers : Persediaan Sebelum Function

Inilah hasil gubahan yang aku buat hanya dengan menggunakan henfon. Tujuan dibuat adalah untuk promo function/event melalui media sosial (facebook etc.)
Alhamdulillah, promosi macam ni berkesan jugak sepanjang pengalaman aku ler.
Nak buat yang grand2 aku tak reti. So, ini jer la yang aku mampu hihi......
Meh tengok hasil kerja tangan budak baru belajar....jangan kutuk atau gelak yer
I



Tuesday, September 15, 2015

Meteora : Jatuh Dari Langit

Pada 25/7/2015 yang lalu saya terlibat dalam persembahan sempena Majlis Ramah Mesra Kelab Muzik Azimat. Ni kira macam showcase la. Ada ramai artis-artis (artis ker?) yang terlibat menjayakan majlis. Oh ya, lupa nak bagitau yang event ni bertempat di Mydin Mall, Parit Buntar. Kira show indoor lah.

Saya perform bersama band Meteora. Jangan salah sangka ya. Nama jer macam tajuk album Linkin Park tapi lagu-lagu Meteora ni tak macam Linkin Park pun. lebih kepada Pop Rock. Line up Meteora ni terdiri daripada Izzu (vocalist), Nadz (Guitarist), Onie (Bassist) & Shah (Drummer).

Nah...jom layan gambar2 Meteora kat sana






Hahahaha...semua pics saya jer........

Monday, February 17, 2014

FMS Station

Pada 8.2.2014 (Sabtu) selepas function kenduri kahwin di rumah vocalis Axira iaitu Miss Y, kitorang rehat kejap di rumah dan terus bergerak ke FMS Station, Taman Tasik Taiping. Malam tu kami ada show di sana. FMS Station merupakan sebuah food court gerabak keretapi

Jalan nak ke sana telah ditutup berikutan ada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri pulak pada malam tu bersebelahan dengan lokasi show kami. Terpaksa bertempur la malam tu sebab kat open house tu ade makan free & artis jemputan. Pada mulanya memang bersarang gak dalam hati kami yang konfem malam ni show kami tak ade orang tengok ler sebab Axira ni bukannya band top kalau nak dibandingkan dengan artis-artis kat open house tu seperti Jamal Abdillah, Jaqclyn Victor, Forteen dan lain-lain. tapi kami nekad kalau takde penonton pun kami akan teruskan jugak show dengan tagline "aku tengok hang, hang tengok aku"-"anggap je la jamming free malam ni kat sini"

Back line dan alat muzik semua kami bawak sendiri punya je sebab food court ni kecil je ruang dia. Kami cuma gunakan P.A sistem organizer untuk vocal. Alhamdulillah, sebelum show start dalam kol 9.20mlm, penonton semakin ramai dan ini membuatkan kami bersemangat untuk memulakan show. Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi datang support show Axira. diorang tak pergi tengok artis terkenal kat lokasi sebelah tapi datang ke FMS. terharu sungguh kitorang

Dah nak mula show kami dapat perkhabaran yang mendukacitakan pulak. Miss Y selaku vocalis utama tak dapat turun malam itu kerana menghadapi masalah kesihatan. So, mau tak mau Yana terpaksa take over selaku main vocalist. Tidak diduga sama sekali pada malam itu Yana yang selama ini seorang gadis yang pemalu bertukar menjadi seorang yang agresif dan banyak mulut. Entah apa yang merasuk dia pun kami tak tahu. alhamdulillah, reaksi para penonton yang kami terima pada malam itu sungguh memberangsangkan.

Tak nak cerita panjang dah, jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sepanjang show berlangsung.

Barisan pemuzik Axira


Shah(Drummer) pun nak menyumbangkan suara


Back line milik sendirian berhad


Bassist & Guitarist yang terbukti hensem


Set up time


Baru nak mula show


bassist yang amat manis wajahnya


Mr. Nadz, guitarist yang amat macho


Emilia idola Kecil 6 


berhenti rehat sebentar


Aku bersama penyanyi utama malam itu yang ternyata telah dirasuk, Yana


Mr. Ezul Laksa Mexico pun nak nyanyi juga malam tu dengan 3 buah lagu


Dah kena rasuk nak katok drum pulak dia nih


heran gak macam mana dia main drum tapi duduk kepit kaki


Ini baru betul drummer yang hensem


Dalam apa jua keadaan muka aku tetap manis


Mr. Ady, the handsome guitarist


Mr. Nadz main gitar sambil pejam mata kononnya feeling

Monday, February 10, 2014

Kenduri Umah Miss Y

Pada 8.2.2014 (Sabtu) band Axira ada function kat majlis kahwin adik kepada penyanyi kitorang iaitu Miss Y. Function ni diadakan waktu siang & berlangsung di Taman Rakyat, Kamunting. Panas skit la main waktu siang tapi enjoy. Sambutan sungguh menggalakkan. Mungkin kurangnya function sebegini kot di kawasan perumahan tu

Memandangkan function ni berlangsung pada hari Sabtu, maka Nadzri (gitaris) terpaksa datang lewat sedikit kerana komitmen kerja. Maklumlah, dia kerja separuh hari pada hari Sabtu. Oleh kerana Nadzri pun kene datang lewat maka anak-anaknya(Aca & Yana) yang terbabit sebagai penyanyi pun lewat jugak la.

Jadi untuk menrungkaikan kelam kabut takde penyanyi maka kami sepakat meminta bantuan Mimi (awek Ady gitaris Axira) untuk cover the show. Alhamdulillah......segalanya berjalan dengan lancar
Nadzri & anak-anak hadir dalam jam 2.30ptg. So, show semakin meriahlah sebab time tu keluarga pengantin lelaki pun masih ada di majlis tersebut. Function selesai pada jam 3.30ptg sebab malam tu kitorang akan perform pula di FMS Station, Taman Tasik Taiping

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Miss Y dan keluarga kerana sudi mengundang AXIRA membuat persembahan di majlis tersebut.
Mari tengok sedikit gambar-gambar di majlis perkahwinan tersebut. 

Miss Y berduet bersama OJ Calista lagu "Seragam Hitam-Kristal"


Belum show posing dulu


Lagi duet yang menggegarkan majlis


Nadzri dah sampai


Ayien session drum untuk lagu Sandiwara Cinta-Repvblik yang dnyanyikan oleh Shah


Aku dah sampai terkangkang punya rocknya lagu duet nih


Emilia Idola Kecil 6 membuat persembahan


Mimi yang banyak membantu menjayakan function ni