Posts

Showing posts from March, 2013

Tak Jadi

Image
Nak gitau kat korang yang Tomato Gebu tak jadi perform kat Band Fest 2013 di Teluk Kemang berikutan bapa kepada vocalist kitorang iaitu si Mar baru saja dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) . So, tak syok plak si anak gi melalak kat konsert di masa si ayah terlantar sakit di hospital. Jadi kami mengambil kata sepakat yang Tomato Gebu tarik diri. Kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan. Sama-sama kita berdoa yang ayah Mar kembali sembuh seperti sediakala. MAR TOMATO GEBU Dalam pada itu, ada khabar gembira sebenarnya. Pemuzik-pemuzik Tomato Gebu akan tetap juga turun ke Band Fest tetapi atas nama band CALISTA . Untuk info korang CALISTA ni band projek aku bersama IZU gitaris Tomato Gebu serta rakan lama kami iaitu OJ . OJ bertindak selaku vocalist. Genre bagi band ni berat sikit daripada Tomato Gebu . CALISTA berpaksikan genre Heavy Metal . Contoh terdekat ialah macam AMUK. Tak nak citer lebih2 sebab projek ni baru je nak bermula walaupun sebenarnya 10

BAND FEST 2013

Image
Ahad ni bersamaan 24/3/2013 aku akan perform bersama dengan band TOMATO GEBU di BAND FEST 2013. Seperti kelaziman tiap2 tahun acara ni akan berlangsung di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Perform tepi laut tuh. Stage pun best. Besar & luas. Event nih dianjurkan oleh Kelab Budak-Budak Band Malaya. Orang Kuat KB2BM ialah bro Erry Hetfield.    Event anjuran KB2BM memang syok kalau join. Ni pada pendapat peribadi aku la. Berkonsepkan open stage dan menggabungkan berbagai2 band dari bermacam-macam genre. Macam2 gelagat band, instrumen, genre, peel, gaya & lain-lain lagi boleh dilihat dan lantas yang baik akan dijadikan rujukan pada bandboy2 yang terlibat. Satu pendedahan dan usaha yang murni yang dilakukan oleh penganjur.  Backline untuk event ni lak aku bagi gred A+. Sebab aku berkata macam tu kerana backline yang disediakan bertaraf konsert. Walaupun tak sebesar konsert artis2 ternama tapi kira ok la untuk band2 yang baru2 nak menapak macam band aku ni. Kos

Konserto Di Ijok, Perak.

Image
Ini video persembahan band aku "TOMATO GEBU" masa show Perasmian Padang Futsal kat Kg. Masjid, Ijok pada 3.3.2013 aritu. Video ni lagu ciptaan aku sendiri iaitu "Kini Ku Tahu" yang terdapat dalam 1st demo kitorang yang berjudul FROM TAIPING WITH ROCK. Layannnnzzzzzzzzzzzzzzzzz............

Show Rasmi Gelanggang Futsal

Image
Ahad lepas 3.3. 2013 band aku Tomato Gebu telah diundang perform dalam satu event. Event ni adalah bersempena "perasmian gelanggang Futsal" di Ijok, Selama. Antara band2 yang terlibat dalam show ni ialah The Hartz, Unlimited & Calista. Lagi satu  band iaitu band One Head terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir.  Sebenarnya show ni dianjurkan oleh "Belia Anak Jati Ijok" yang mana orang kuatnya adalah member kitorang sendiri iaitu saudara Masri. Beliau ni aktif dalam scene k-kcar.Beliau memang dah lama berhajat nak bawak Tomato Gebu perform kat kampung halaman beliau. Jutaan terima kasih untuk saudara Masri. Show malam tu memang best sebab crowds yang hadir memang sporting abes. Setiap lagu yang dimainkan oleh Tomato Gebu semua diorang layan banging & menari termasuk la lagu2 kitorang sendiri. Memang cukup puas hati. Thumbs up untuk warga2 Ijok. Meh layan sedikit gambar2 show kat sana ok. Unlimited Band aku jadi gitaris The Hartz