Posts

Showing posts from August, 2012

TOMATO GEBU!!!! band laaaa.............

Image
Inilah nama band yang aku join sekarang. Wat masa ni band ni kurang aktif skit. Line up terdiri dari aku sendiri sebagai pemain bass, Izu sebagai Gitaris, Effa sebagai vocalist dan drummer masih lagi tak de yang betul2 tetap. Band ni ditubuhkan pada November 2010. Band ni berkonsepkan alternative rock. Masa mula2 ditubuhkan dulu vocalistnya adalah si Mar. Tapi disebabkan dia tak dapat bagi full komitmen kerana kesibukan tugas harian maka tempat beliau digantikan oleh Effa Band ni dah pernah masuk studio membuat rakaman 2 lagu. Kedua-dua lagu adalah dari ciptaan aku iaitu lagu "Kini Ku Tahu" dan "Selamat Tinggal". Band ni pun dah banyak kali perform di serata karnival2. Kira dah maju skit la aku nih. Takde la main bawah khemah kenduri kawin je macam degan Mission band dulu. Alhamdulillah......berhijrah untuk memajukan lagi diri sendiri. Kitorang dalam perancangan kalau ade rezeki lebih nak keluarkan EP pertama yang bakal mengandungi 5 lagu. Tapi kalau modal

RaYa..RaYa...RaYa....

Lagi 10 hari dah nak raya. Sekejap je rasa dah tiba penghujung ramadhan. Puasa tahun ni gastrik aku tak teruk menyerang dan aku masih mampu untuk bertahan berpuasa. tak macam tahun lepas. Tahun ni cuma ari pertama puasa je badan aku lemah sebab belum sesuai dengan keadaan. Masuk ari kedua dah boleh berpuasa macam biasa. Alhamdulillah............ Tahun ni giliran beraya di rumah mertua aku kat Putrajaya. Seperti biasa, 2 tahun sudah aku akan solat sunat Aidilfitri di Masjid Putra. Dulu takde pengalaman lagi & tak tau situasi di situ. Kali ni dah tau macam mana keadaan masa tu nanti. Penuh dengan warga asing dan aku pulak yang rasa macam berada di luar negara huhu.... Tahun ni keluarga mertua aku akan bercuti ke Langkawi bermula pada hari raya ketiga. Ni pengalaman pertama aku ke sana dengan kapal terbang. Segalanya telah diuruskan oleh isteri aku yang tersayang. Aku cuma follow jer huhu.....