Posts

Showing posts from January, 2021

RAPIDO + CORSA

Image
Assalammualaikum semua. Alhamdulillah...... Aku dah tukar rim motor aku. Kali ni aku resize lebih kecil sikit Aku pilih rim Rapido 501 (1.60) Tayar pulak aku pakai brand Corsa R26 size 80-80 depan belakang Ringan sikit motor aku berbanding masa pakai rim standard kilang Baru konfiden masa menunggang rasa sedap Masing-masing punya citarasa. Bagi aku ok la set up ni Oh! ya...spocket pun aku resize lebih kecil skit.  Aku turunkan ke 39 daripada 44. Aku tukar sprocket belakang jer. Depan aku biar standard Cadang nak try ride weekend ni. Dah PKP pulak. Simpan saja niat tu naik jer la dalam kawasan tempat tinggal aku ataupun ke pejabat Jangan lebih 10 KM radius hahahahaha Jika ingkar, kompaun RM1k menanti anda.......  

RIDE SUMPITAN, IJOK (2 RIDERS KECUNDANG)

Image
  Ahad lepas seperti yang dirancang kitorang ride ke Sumpitan, Ijok Seramai 22 buah jentera pelbagai model turut serta Gamat suasana air terjun Sumpitan dengan kehadiran jentera-jentera roda dua Ada Honda RS, Y15, Kawa RR, 125z, Suzuki RG, Modenas Kriss dan juga Honda C70 Semua ahli konvoi berkumpul di CP 1 di Shell, Taman Lela seawal jam 9.00 pagi CP 2 di Pekan Batu Kurau. Di sini beberapa jentera ahli yang bermastautin di Batu Kurau turut serta Konvoi sampai di Air Terjun Sumpitan jam 10.30 pagi. Sesi susun motor dan bergambar dilaksanakan Sungguh cantik environment di sana dengan udara yang nyaman Seterusnya konvoi diteruskan lagi ke kedai makan Route A76 Lenggong, Perak. sayangnya kedai ni tutup pulak pada hari ni. Kalau bukak boleh pekena makanan berasakan daging rusa. Trademar kedai tersebut. Untuk makluman, kedai ini merupakan antara port persinggahan para bikers dari seluruh pelusuk negara Konvoi seterusnya berpatah balik ke Ijok. Semasa acara downhill ke Ijok, malang menimpa 2

SUNDAY FUN RIDE

Image
Weekend ni aku dan beberapa kawan plan nak ride ke Sumpitan, Ijok.   Saje nak layan view bukit bukau, gunung ganang dan air terjun.  Dengar citer tempat ni masih terpelihara dari anasir-anasir yang durjana hahaha...  Musim PKPB ni ride dekat-dekat dah la yer.  Lagipun aku ni baru 1st time nak ride ni.  Sebelum ni dok aktif konvoi K-Car jer.  Nak gak rase kelainannya  Harap semuanya berjalan lancarlah.  Aamiinn

MOTOR BARU BEB.....HONDA RS150 V2

Image
Lama dah tak update blog ni. dah berhabuk dan bersawang  Alhamdulillah...tahun 2021 ni aku dimurahkan rezeki dapat memiliki sebuah motor idaman  Motor Honda RS150 V2.  Gembira hati tak terkata  Syukur