RIDE SUMPITAN, IJOK (2 RIDERS KECUNDANG)

 Ahad lepas seperti yang dirancang kitorang ride ke Sumpitan, Ijok


Seramai 22 buah jentera pelbagai model turut serta

Gamat suasana air terjun Sumpitan dengan kehadiran jentera-jentera roda dua

Ada Honda RS, Y15, Kawa RR, 125z, Suzuki RG, Modenas Kriss dan juga Honda C70


Semua ahli konvoi berkumpul di CP 1 di Shell, Taman Lela seawal jam 9.00 pagi

CP 2 di Pekan Batu Kurau. Di sini beberapa jentera ahli yang bermastautin di Batu Kurau turut serta


Konvoi sampai di Air Terjun Sumpitan jam 10.30 pagi. Sesi susun motor dan bergambar dilaksanakan

Sungguh cantik environment di sana dengan udara yang nyaman


Seterusnya konvoi diteruskan lagi ke kedai makan Route A76 Lenggong, Perak. sayangnya kedai ni tutup pulak pada hari ni. Kalau bukak boleh pekena makanan berasakan daging rusa. Trademar kedai tersebut. Untuk makluman, kedai ini merupakan antara port persinggahan para bikers dari seluruh pelusuk negara

Konvoi seterusnya berpatah balik ke Ijok. Semasa acara downhill ke Ijok, malang menimpa 2 orang riders apabila terbabas semasa mengambil selekoh tajam. Mujur tiada sebarang kecederaan serius pada mereka cuma motor sahaja yang mendukacitakan sedikit.


Selesai semuanya, konvoi berhenti rehat di Pekan Kampung Masjid, Ijok lantas makan tengah hari di salah satu kedai di situ. Alhamdulillah, makan tengah hari tersebut di'payung' oleh salah seorang riders kita. Moga murah rezeki sahabat.


Konvoi seterusnya diteruskan ke destinasi berikutnya iaitu di Sekolah Kebangsaan Pantai Besar atas permintaan rakan RS kita yang tidak dapat turut serta dalam konvoi ini. Beliau ingin merakamkan detik-detik indah bersama semua ahli yang join.


Kemudian konvoi diteruskan ke destinasi terakhir iaitu Pekan Batu Kurau dan bersurai untuk pulang ke destinasi masing-masing


Alhamdulillah, kesimpulannya ride kali ini berjaya mengeratkan silaturrahim antara semua walaupun tidak mengenali antara satu sama lain dan juga berlainan model. Moga berjumpa di lain ride

Rumah Makan Rusa

CP 2 - Batu Kurau

Air Terjun, Sumpitan

Just arrived at Route A 76

Sekolah Kebangsaan Pantai Besar

Ride kali ni bawak wife

CP 1 - Shell Taman Lela




PKPB boleh rentas daerah lagi huhuhu

sampai ke Hulu Perak kiter yer





Y15 sahabat kita down di selekoh tajam

RS ni pun mangsa kecundang di selekoh

check tengok apa yang rosak

tolong menolong sesama kita


Antara wife yang turut serta

Sahabat lama saya (Masdo Aloha). Dulu sama-sama main K-Car

Masdo Aloha bersama jenteranya


Flyers 







Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA