Posts

Showing posts from May, 2013

Karnival Kids, Wet & Fun

Image
Yeahhhh.....seperti yang diwar-warkan pada entri yang lepas, aku perform bersama TOMATO GEBU pada 26.5.2013 (Ahad) di Karnival Kids & Fun bertempat di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Jutaan terima kasih buat saudara Erry Hetfield dari Kelab Budak-Budak Band Malaya (KB2BM) yang sudi mengundang kitorang untuk perform malam tu. Terharu beb..... Okeh, seperti yang korang tahu line up yang beraksi kali ni ialah terdiri daripada Effa (Vocalist), Izzu (Guitarist), Oniechiwa (Bassist) & Doll (Drummer). Memang terkangkang sikit la perform kali ni sebab kitorang cuma sempat praktis sekali saja. itu pun pada masa sebelum perform di City Studio, Segambut jam 1.45 pagi. Meleleh wa cakap lu. dengan letih kenduri kawin adik ipar aku lagi, mana nak praktis lagi. Semua terkejar2 tapi berbaloi. Doll lak dah setahun tak pegang drum. Cuba bayangkan macam mana nak dapatkan synchronization (betul ke aku eja ni?). Tapi dengan semangat yang ade & juga izin Allah SWT, kitorang dapat mengatasi

Gebu di Port Dickson

Image
Pada 26 Mei 2013, Tomato Gebu sekali lagi diundang untuk perform di Karnival Kids & Fun Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Erry Hetfield kerana sudi mengundang. Kali ini Tomato Gebu dijangka akan turun bersama barisan seperti Effa(vocalist), Izzu(Gitarist), Oniechiwa(Bassist) & Doll(Drummer). Konfem menarik kerana kitorang dah setahun lebih tidak bersama. Kali ni baru dapat turun. Itu pun tanpa latihan yang secukupnya sebab kitorang sepakat akan praktis sekali sahaja di salah sebuah studio di Bangi. Harap semuanya berjalan lancar walaupun dengan jumlah jam praktis yang teramat minima Teluk Kemang.............tunggu kami datang Line up yang akan beraksi nanti. Dari kiri: Oniechiwa, Doll, Izzu & Effa

Tahniah BN

Keputusan PRU 13 dah pun semua tahu. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana mendapat mandat untuk menerajui negara sekali lagi. Bagi aku selaku individu yang bertugas sebagai salah seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, proses pilihan raya kali ini amat teratur.(Bagi kawasan yang aku bertugas la). Tak de plak aku lihat adanya pengundi hantu seperti yang kecoh dihebohkan sebelum hari pilihanraya aritu. Sekarang ni bukan tempoh untuk kerajaan BN berbulan madu tapi masa untuk terus bekerja dan berusaha memajukan/meneruskan program2 dan juga dasar2 yang telah dirancang. Segala janji-janji sebelum pilihan raya haruslah ditepati/tunaikan agar kembali mendapat mandat di dalam PRU 14 pula nanti Sekali lagi, tahniah BN dan bagi PR(Pakatan Rakyat) terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan tersebut. Segalanya telah tertulis. Wallah hu'alam