Posts

Showing posts from February, 2014

FMS Station

Image
Pada 8.2.2014 (Sabtu) selepas function kenduri kahwin di rumah vocalis Axira iaitu Miss Y, kitorang rehat kejap di rumah dan terus bergerak ke FMS Station, Taman Tasik Taiping. Malam tu kami ada show di sana. FMS Station merupakan sebuah food court gerabak keretapi Jalan nak ke sana telah ditutup berikutan ada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri pulak pada malam tu bersebelahan dengan lokasi show kami. Terpaksa bertempur la malam tu sebab kat open house tu ade makan free & artis jemputan. Pada mulanya memang bersarang gak dalam hati kami yang konfem malam ni show kami tak ade orang tengok ler sebab Axira ni bukannya band top kalau nak dibandingkan dengan artis-artis kat open house tu seperti Jamal Abdillah, Jaqclyn Victor, Forteen dan lain-lain. tapi kami nekad kalau takde penonton pun kami akan teruskan jugak show dengan tagline "aku tengok hang, hang tengok aku"-"anggap je la jamming free malam ni kat sini" Back line dan alat

Kenduri Umah Miss Y

Image
Pada 8.2.2014 (Sabtu) band Axira ada function kat majlis kahwin adik kepada penyanyi kitorang iaitu Miss Y. Function ni diadakan waktu siang & berlangsung di Taman Rakyat, Kamunting. Panas skit la main waktu siang tapi enjoy. Sambutan sungguh menggalakkan. Mungkin kurangnya function sebegini kot di kawasan perumahan tu Memandangkan function ni berlangsung pada hari Sabtu, maka Nadzri (gitaris) terpaksa datang lewat sedikit kerana komitmen kerja. Maklumlah, dia kerja separuh hari pada hari Sabtu. Oleh kerana Nadzri pun kene datang lewat maka anak-anaknya(Aca & Yana) yang terbabit sebagai penyanyi pun lewat jugak la. Jadi untuk menrungkaikan kelam kabut takde penyanyi maka kami sepakat meminta bantuan Mimi (awek Ady gitaris Axira) untuk cover the show. Alhamdulillah......segalanya berjalan dengan lancar Nadzri & anak-anak hadir dalam jam 2.30ptg. So, show semakin meriahlah sebab time tu keluarga pengantin lelaki pun masih ada di majlis tersebut. Function selesai pa