Tahniah BN

Keputusan PRU 13 dah pun semua tahu. Tahniah kepada Barisan Nasional kerana mendapat mandat untuk menerajui negara sekali lagi. Bagi aku selaku individu yang bertugas sebagai salah seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, proses pilihan raya kali ini amat teratur.(Bagi kawasan yang aku bertugas la). Tak de plak aku lihat adanya pengundi hantu seperti yang kecoh dihebohkan sebelum hari pilihanraya aritu.

Sekarang ni bukan tempoh untuk kerajaan BN berbulan madu tapi masa untuk terus bekerja dan berusaha memajukan/meneruskan program2 dan juga dasar2 yang telah dirancang. Segala janji-janji sebelum pilihan raya haruslah ditepati/tunaikan agar kembali mendapat mandat di dalam PRU 14 pula nanti

Sekali lagi, tahniah BN dan bagi PR(Pakatan Rakyat) terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah disebalik kekalahan tersebut. Segalanya telah tertulis. Wallah hu'alam

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA