BAND FEST 2013

Ahad ni bersamaan 24/3/2013 aku akan perform bersama dengan band TOMATO GEBU di BAND FEST 2013. Seperti kelaziman tiap2 tahun acara ni akan berlangsung di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson. Perform tepi laut tuh. Stage pun best. Besar & luas. Event nih dianjurkan oleh Kelab Budak-Budak Band Malaya. Orang Kuat KB2BM ialah bro Erry Hetfield. 

 


Event anjuran KB2BM memang syok kalau join. Ni pada pendapat peribadi aku la. Berkonsepkan open stage dan menggabungkan berbagai2 band dari bermacam-macam genre. Macam2 gelagat band, instrumen, genre, peel, gaya & lain-lain lagi boleh dilihat dan lantas yang baik akan dijadikan rujukan pada bandboy2 yang terlibat. Satu pendedahan dan usaha yang murni yang dilakukan oleh penganjur. 




Backline untuk event ni lak aku bagi gred A+. Sebab aku berkata macam tu kerana backline yang disediakan bertaraf konsert. Walaupun tak sebesar konsert artis2 ternama tapi kira ok la untuk band2 yang baru2 nak menapak macam band aku ni. Kos nak sewa backline pun aku agak dah makan ribu2. Dari segi kepuasan menggunakan backline ni memang puas tahap gaban la jikalau dibandingkan main kat gig2 kecil dalam studio. Kan ni satu peluang untuk test power sesebuah band nak sama ada berupaya tak untuk perform atas satu stage/event yang besar. Thumb up untuk penganjur



Ade plak yang tak sedap untuk didengar apabila band2 yang nak perform demand nak mintak payment. Bagi aku ni benda sensitif. Dengan modal yang minima penganjur usahakan juga realisasikan event ni sebab nak bagi band2 baru dapat peluang perfrom atas stage bertaraf konsert. Penganjur takde untung pun. So, buat band2 yang bakal & akan perform tu tepuk dada tanya selera. Kalau dah tahu takde payment jangan gatal2 nak mintak slot nak perform. Bila balik umah mula nak berbunyi takde payment la apa la......Kalau rasa jauh & tak berbaloi pi jauh2 takde payment baik awal2 jangan mintak slot & nak pi main. Bagi peluang dekat band2 yang nak main walaupun tak berbayar ok.......................sekian



Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA