Tak Jadi

Nak gitau kat korang yang Tomato Gebu tak jadi perform kat Band Fest 2013 di Teluk Kemang berikutan bapa kepada vocalist kitorang iaitu si Mar baru saja dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). So, tak syok plak si anak gi melalak kat konsert di masa si ayah terlantar sakit di hospital. Jadi kami mengambil kata sepakat yang Tomato Gebu tarik diri. Kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan. Sama-sama kita berdoa yang ayah Mar kembali sembuh seperti sediakala.
MAR TOMATO GEBU

Dalam pada itu, ada khabar gembira sebenarnya. Pemuzik-pemuzik Tomato Gebu akan tetap juga turun ke Band Fest tetapi atas nama band CALISTA. Untuk info korang CALISTA ni band projek aku bersama IZU gitaris Tomato Gebu serta rakan lama kami iaitu OJ. OJ bertindak selaku vocalist. Genre bagi band ni berat sikit daripada Tomato Gebu. CALISTA berpaksikan genre Heavy Metal. Contoh terdekat ialah macam AMUK. Tak nak citer lebih2 sebab projek ni baru je nak bermula walaupun sebenarnya 10 tahun dulu kitorang dah main dah dengan CALISTA ni tapi dibekukan sementara berikutan masalah kesihatan OJ.

OJ CALISTA bersama IZZU


Kini CALISTA kembali. Jumpa di Teluk Kemang 24hb ni yer................Kita banging bersama CALISTA

Line up CALISTA 24hb ni:

Vocalist: OJ
Guitarist: Izzu
Bassist: Oniechiwa
Drummer: Ayien

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA