Kenduri Umah Miss Y

Pada 8.2.2014 (Sabtu) band Axira ada function kat majlis kahwin adik kepada penyanyi kitorang iaitu Miss Y. Function ni diadakan waktu siang & berlangsung di Taman Rakyat, Kamunting. Panas skit la main waktu siang tapi enjoy. Sambutan sungguh menggalakkan. Mungkin kurangnya function sebegini kot di kawasan perumahan tu

Memandangkan function ni berlangsung pada hari Sabtu, maka Nadzri (gitaris) terpaksa datang lewat sedikit kerana komitmen kerja. Maklumlah, dia kerja separuh hari pada hari Sabtu. Oleh kerana Nadzri pun kene datang lewat maka anak-anaknya(Aca & Yana) yang terbabit sebagai penyanyi pun lewat jugak la.

Jadi untuk menrungkaikan kelam kabut takde penyanyi maka kami sepakat meminta bantuan Mimi (awek Ady gitaris Axira) untuk cover the show. Alhamdulillah......segalanya berjalan dengan lancar
Nadzri & anak-anak hadir dalam jam 2.30ptg. So, show semakin meriahlah sebab time tu keluarga pengantin lelaki pun masih ada di majlis tersebut. Function selesai pada jam 3.30ptg sebab malam tu kitorang akan perform pula di FMS Station, Taman Tasik Taiping

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Miss Y dan keluarga kerana sudi mengundang AXIRA membuat persembahan di majlis tersebut.
Mari tengok sedikit gambar-gambar di majlis perkahwinan tersebut. 

Miss Y berduet bersama OJ Calista lagu "Seragam Hitam-Kristal"


Belum show posing dulu


Lagi duet yang menggegarkan majlis


Nadzri dah sampai


Ayien session drum untuk lagu Sandiwara Cinta-Repvblik yang dnyanyikan oleh Shah


Aku dah sampai terkangkang punya rocknya lagu duet nih


Emilia Idola Kecil 6 membuat persembahan


Mimi yang banyak membantu menjayakan function ni

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA