FMS Station

Pada 8.2.2014 (Sabtu) selepas function kenduri kahwin di rumah vocalis Axira iaitu Miss Y, kitorang rehat kejap di rumah dan terus bergerak ke FMS Station, Taman Tasik Taiping. Malam tu kami ada show di sana. FMS Station merupakan sebuah food court gerabak keretapi

Jalan nak ke sana telah ditutup berikutan ada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri pulak pada malam tu bersebelahan dengan lokasi show kami. Terpaksa bertempur la malam tu sebab kat open house tu ade makan free & artis jemputan. Pada mulanya memang bersarang gak dalam hati kami yang konfem malam ni show kami tak ade orang tengok ler sebab Axira ni bukannya band top kalau nak dibandingkan dengan artis-artis kat open house tu seperti Jamal Abdillah, Jaqclyn Victor, Forteen dan lain-lain. tapi kami nekad kalau takde penonton pun kami akan teruskan jugak show dengan tagline "aku tengok hang, hang tengok aku"-"anggap je la jamming free malam ni kat sini"

Back line dan alat muzik semua kami bawak sendiri punya je sebab food court ni kecil je ruang dia. Kami cuma gunakan P.A sistem organizer untuk vocal. Alhamdulillah, sebelum show start dalam kol 9.20mlm, penonton semakin ramai dan ini membuatkan kami bersemangat untuk memulakan show. Terima kasih juga kepada kawan2 yang sudi datang support show Axira. diorang tak pergi tengok artis terkenal kat lokasi sebelah tapi datang ke FMS. terharu sungguh kitorang

Dah nak mula show kami dapat perkhabaran yang mendukacitakan pulak. Miss Y selaku vocalis utama tak dapat turun malam itu kerana menghadapi masalah kesihatan. So, mau tak mau Yana terpaksa take over selaku main vocalist. Tidak diduga sama sekali pada malam itu Yana yang selama ini seorang gadis yang pemalu bertukar menjadi seorang yang agresif dan banyak mulut. Entah apa yang merasuk dia pun kami tak tahu. alhamdulillah, reaksi para penonton yang kami terima pada malam itu sungguh memberangsangkan.

Tak nak cerita panjang dah, jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan di sepanjang show berlangsung.

Barisan pemuzik Axira


Shah(Drummer) pun nak menyumbangkan suara


Back line milik sendirian berhad


Bassist & Guitarist yang terbukti hensem


Set up time


Baru nak mula show


bassist yang amat manis wajahnya


Mr. Nadz, guitarist yang amat macho


Emilia idola Kecil 6 


berhenti rehat sebentar


Aku bersama penyanyi utama malam itu yang ternyata telah dirasuk, Yana


Mr. Ezul Laksa Mexico pun nak nyanyi juga malam tu dengan 3 buah lagu


Dah kena rasuk nak katok drum pulak dia nih


heran gak macam mana dia main drum tapi duduk kepit kaki


Ini baru betul drummer yang hensem


Dalam apa jua keadaan muka aku tetap manis


Mr. Ady, the handsome guitarist


Mr. Nadz main gitar sambil pejam mata kononnya feeling

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA