Apa????Ahli Muzikkkk!!!!!!!

Kali ni aku nak citer perihal ahli muzik lak. Oleh kerana aku ni secara tak langsung bergelar pemuzik walaupun separuh masa, maka aku nak kongsikan senario ni yang tak semua orang faham/tahu.

Main muzik ni terbahagi kepada dua. Satu sepenuh masa & satu lagi separuh masa. Yang sepenuh masa ni korang boleh faham rasanya. Idup mati pemuzik sepenuh masa ni kejenya main muzik jer. Contoh macam pemuzik kelab malam, pemuzik studio rakaman (sessionist), back up artis dan sebagainya. Diorang memang tumpu pada muzik je sebagai sumber mata pencarian hidup untuk menyara diri sendiri, anak isteri & keluarga.

Pemuzik separuh masa plak macam aku ni la. Tak de fokus 100% pada bidang muzik sebagai sumber mata pencarian. Ade yang main muzik untuk suka-suka, hobi isi masa lapang, minat dan lain-lain lagi alasan yang dirasakan kukuh untuk membolehkan mereka bermain muzik. Kebiasaannya pemuzik yang begini mempunyai pekerjaan tetap selain muzik. Ade yang keje di sektor perkhidmatan awam macam aku ni dan ade juga dari pelbagai sektor lain.

Pemuzik-pemuzik begini ade yang berkecimpung dalam secen UNDERGROUND yang mana muzik mereka tidak ke arah komersialisme ataupun senang cakap tidak selari dengan arus perdana muzik semasa. Muzik mereka hanya untuk kepuasan mereka sendiri & peminat2 aliran yang sama. Takyah aku nyatakan genre ape kot sebab korang mesti dah tahu underground tu macam mana. Diorang ni berbakat sebab ade yang bleh composed & publish muzik diorang sendiri malah kadang2 tu ade yang lebih berbakat daripada pemuzik-pemuzik sepenuh masa. Ade rezeki tak mustahil muzik mereka boleh diterima di arena mainstream gak satu masa nanti.Diorang ni tak memikirkan RM sangat.



Ade lak yang main untuk part time. Contoh macam main kat kenduri kawin, birthday party dan lain-lain. Matlamat diorang sambil main muzik kerana minat, diorang boleh menambahkan sumber pendapatan gak. Yang ni kadang2 bahaya gak sebab asal main je nak payment. tapi bukan semua tau.......segelintir je sebabnya dah biase main dapat payment.

Yang aku ni tergolong dalam kategori Underground sebab muzik aku ni aku sebarkan secara senyap2 je tanpa mendapat bantuan dari media serta label2. Semuanya aku buat sendiri bersama kawan2. Segalanya DIY (Do It Yourself). Kami tak mengharapkan RM dalam setiap show yang kami sertai. Kalau organizer bagi, kami akan amik. Kalau tak de kami faham sebab kebanyakkan show yang kami sertai bukannya membawa keuntungan kepada organizer pun.


Organizer buat show pun kami dah cukup syukur sebab kami tak mampu nak kuar modal untuk prepare segala macam persediaan sebelum & selepas show. Kami dapat perform tu dah kira bagus kerana tidak di'charge' oleh encik organizer. Dengan show dan gig ini la band2 yang takde nama macam kami ni mendapat slot PROMOSI percuma. Sebelum dikenali mestilah kena berkorban dulu kerja keras promote band.

Ini tidak, ade sesetengah budak2 band je asal main je nak payment. walhal band baru lagi & tak dikenali apalgi untuk tarik penonton2 datang tengok show diorang. Bagi aku sabar itu penting. Rezeki itu datang dari Allah SWT. Kalau dah rezeki, dengan main sekali je show free je boleh BOOMMMMM. Kalau takde rezeki, takde le. Harap korang semua faham maksud aku. Aku ni main muzik tak kaya2 pun dan aku bersyukur masih dapat perform walaupun kadang2 tu main FREE je. Bagi aku itu platform untuk aku promosi serta mencari pengalaman bermain LIVE di depan orang ramai. 


Kalau ade yang tak tahan asyik main FREE je aku sarankan berfikir dulu dengan RASIONAL. kalau tak, jangan main muzik kerana untuk berjaya perlukan usaha, pengorbanan, kesabaran & kadang2 airmata juga.
Muzik itu indah jika kita tahu menghargainya. Duit akan datang kemudian jika itu memang REZEKI kita

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA