Recording - "Aku Tak Bisa"

Hello...hello...hello....

Buat pengetahuan korang aku baru je selesai masuk studio untuk recording 1st single band SHIMIZU yang bertajuk "Aku Tak Bisa". Lagu ni ciptaan aku dan lirik pula oleh gitaris SHIMIZU iaitu saudara Danny Sanders. Kalau korang nak tau, projek untuk single ni kitorang dah sepakat untuk menggunakan khidmat studio rakaman Rain House, Ipoh milik Ehsan dari band indie/power pop Melastik Bintang.

Ini adalah pengalaman pertama budak-budak shimizu wat recording track by track. Pergh!!!!! makan masa yang lama gak sebab masing-masing takde experience lagi kecuali aku dan Izzu(Keyboardist). Paling menyayat hati ialah drummer la sebab untuk track drum jer dia makan masa lebih kurang sejam. Sampai demam2 la si Ayien keesokan harinya.

Proses rakaman dilakukan pada 16/11/2012(Jumaat) malam sabtu. Start rekod pukul 12 tgh malam sampai la selesai part muzik jam 7 pagi. Azab giler sebab drummer tak puas ati ape yang dia ketuk. Baru diorang tau azab nak jadi seorang pemuzik rakaman. Itu belum lagi rekod vokal. Part vokal kitorang wat minggu berikutnya pada ari Sabtu 24/11/2012. Buleh la si Black(Vocalist-SHIMIZU) trainning dulu kat umah berdasarkan muzik minus one yang dah kami rakam sebelumnya tuh

Untuk rakaman vokal mengambil masa dalam 3 jam gak. Kali ni kami try rakam vokal jam 3 petang huhuhu....tak buat tengah malam  macam kebiasaannya sebab saja nak dapatkan suara waktu petang Black. Rakaman dah selesai dengan jayanya. Sekarang tengah tunggu proses post recording plak iaitu MIXING & Mastering. Tugas ni kami serahkan kat EHSAN untuk selesaikan. Kita tengok hasil kerja anak jati Taiping lak. Kami yakin dia boleh wat berdasarkan pengalaman beliau di dalam indie scene tanah air. Tak kisah walaupun akan ambil masa yang lama skit asalkan hasilnya UMPPHHHHH!!!!!!

So, nantikan single AKU TAK BISA dari SHIMIZU pada tahun 2013 nanti. Sebelum tu meh kita layan gambar2 semasa proses recording berlangsung..........................Zaaaaasssssssssssssssss

Sebelum rakaman muka ada senyum

Danny Sanders dengan gitar pinjam dari studio. Jagmaster. gitar dia dah patah akibat terjatuh

muka dah sikit tension sebab tak leh nak follow metronome

tik..tik...tik...tok.....eh apada ini beat!!!!

wei...aku nak start rekod dah ni!

Tolong aku!!!!!!! dok sensorang dalam ni aku takut la

ni la tokay studio. Ehsan 

track bass aku paling senang. buat kat control room jer

Aku guna jazz bass kesayangan aku untuk lagu ni

 track drum dah selesai rekod. muka kembali ceria

ini Atan sedang rekod track elektrik rythm gitar

Izzu tengah test keyboard nak rekod satgi

Atan tengah setting akustik gitar. Untuk pengetahuan akustik ni aku yang punya. Hadiah masa hantaran kawen dulu. bini aku bagi

sempat lagi aku enter frame

Atan tengah tekun merekod part dia

 ni la tukang rakam. Nama dia Jason @ Yaakob

 Atan tengah blurrrr sebab part dia lak yang banyak

Blueekkkkkkkk.....keje aku dah selesai

 ini efek2 yang Atan gunakan. Sponsor by bapak Ayien

 Danny tengah rekod part2 solo

Tali nombor dua!!!!!!!

Ni la gitar yang Danny guna. Squire Jagmaster

 Ni lak efek yang Danny guna. Ini dia punya sendiri ok

 bergambar lepas dah setel rakam drum

koleksi gitar2 tong yang akan digunakan untuk class gitar

 Atan bergaya dengan gitar milik studio

 ni la skrin komputer yang menjadi tontonan kami semua

aku dah ngantuk. tido la apalagi.....

aku tido lena pun depa nak ambik gambaq

Danny pun leboh gak. ngantok wei...ni dah jam 5 pagi

Ni la drum la nampak simple tapi sound lepas rekod punya umpphhhhh

aku berangan jadi DUTA RIDSECT.....

ni anak sulung Izzu. dia nak ikut tengok macam mana orang bikin rakaman lagu

sebelum rekod vokal muka ada ceria jer

posing dulu sebelum rekod. tengah tunggu Ehsan setting mikrofon

ni amp gitar kat dalam studio rakaman

ni lagi satu amp dalam studio tu

izzu pn nak bergaya ala-ala gitaris mat salleh

sessi mendera vokalist bermula

nyanyi jangan tak nyanyi black

tarik suara tu betoi2 bro

ni dia la track lagi aku tak bisa

 sumbang la suara bro

feeling mau lebih ok

muncung tu bagi tinggi skit

ni feeling ke nak tido ni????

susahnya jadi penyanyi. buat air kat kantin pun lagi senang

akhirnya Black dapat gak feeling lagu ni

ini dua orang mengalami tekanan perasaan gara-gara tunggu Black siapkan track vocal

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA