My Ex-Loco

Kali ni aku nak share dengan korang kete aku yang dulu. Yang ni aku pakai dalam 2 tahun. Kalau tak silap aku dari tahun 2006-2008. Aku selongkar file2 lama & terjumpa gambar2 ni.

Pandangan dari belakang masa mula-mula siap cat

 Main autoshow tu walaupun bodipart stended kancil jer hihihihi

My cockpit. Stereng tu beli kat kawan bernama Masri. Dashboard spray kaler putih/biru


Masa mula-mula keluar dulu jadi perhatian gak sebab aku yang berani wat Loco Style. Kat Taiping takde sape yang berani buat time tu

Gambar bawah ni hasil edit saudara Ayiesimon Banzai. Memang betul pun warna tema ni adalah warna bas ekspress Ipoh-Taiping. Sebab aku keje ulang-alik Ipoh-Taiping maka dengan rasminya diorang samakan aku macam bas ekspres tu gak

Aku & Balqis masa autoshow kat Seberang Jaya, Penang. Alhamdulillah dapat Naib Johan kategori Standard Modified


Rakan-rakan Kcar yang menang dengan hadiah & jentera masing-masing


Yang ni lak rombongan Komuniti Banzai Taiping ke Autoshow Seberang Jaya, Penang. Tahun aku dah tak ingat. Yang pasti ramai yang dah tukar kereta. Ade gak yang masih pakai lagi kancil2 diorang tapi dah berubah wajah dah la seiring dengan perkembangan semasa 


Side mirror ni aku beli melalui internet. Kalau tak silap dari forum ACFK kot. Mamat yang jual tu pun aku dah lupa nama dia. Memang gempak kejap masa mula pakai side mirror ni & jadi perhatian warga Taiping

Lay out autoshow yang caca-marba. Bila kenang-kenag semula jadi malu lak huhuhuhuhu.........

Ni lah antara salah satu kancil yang pernah aku pakai dulu. Sekarang dah bertukar tangan. Aku dah jual dekat Ariff Shariff Banzai Erin. Rupa bentuk pun dah berubah sekarang mengikut citarasa owner baru. Yang pasti loco nih mempunyai memori indah bagi aku.

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA