From Taiping With Rock


Ni la  tajuk 1st DEMO band aku, Tomato Gebu. 
korang bleh download kt link di bawah ni untuk dapatkan lagu-lagu dari demo nih. free of charge jer.
kitorang bagi download free kira macam hadiah la untuk korang.
Ini adalah langkah pertama untuk memperkenalkan band kepada public. Maklumlah, kitorang masih baru lagi dalam arena seni tanah air. Download & dengarlah yer.....hope korang enjoy


Klik kat link bawah ni untuk download

http://www.weblagu.com/Tomato-Gebu-Kini-Ku-Tahu-vid-7o4B7suEFNo.html
(Lagu: Kini Ku Tahu)

http://www.weblagu.com/Tomato-Gebu-Selamat-Tinggal-vid-__GAGs8HBu4.html
(Lagu: Selamat Tinggal)

http://www.weblagu.com/Tomato-Gebu-Pelangi-vid-QIZz3rt47FI.html
(Lagu: Pelangi)

Demo "From Taiping With Rock"

  Ade 2 lagu dalam demo ni. Dua-dua ciptaan aku

1st Demo "From Taiping With Rock"

Lagu Pelangi tidak terdapat di dalam demo From Taiping With Rock. Pelangi dirakamkan secara LIVE di dalam studio latihan menggunakan laptop aje. Kualiti bunyi memang amat2 tidak memuaskan. Harap maaf kerana suara vocalist tak berapa clear. Kitorang just rekod untuk simpanan sendiri saja tapi alih2 ade lak kat website nih. Lagu dan lirik Pelangi adalah hasil nukilan aku sendiri. Hope korang enjoy dengan lagu2 kitorang yer.. 


Link ni aku jumpa kt internet masa merayau2 kat alam siber
Tak sangka lagu band aku dah diorang wat download free
strategi promosi percuma untuk lagu dari demo pertama band aku


Inilah material stuff pertama dari kami



Kitorang rekod kt Rain House Studio, Ipoh milik saudara Ehsan  dari band 'Melastik Bintang'. Kalau tak silap sesi rakaman demo ni dibuat dalam bulam MAY 2010. Masa mula2 rekod tu kitorang x de drummer. So, jalan penyelesaiannya akulah yang terpaksa ketuk drum dan juga main bass. 1st time wat rekoding track by track. Untuk yang x tau ape itu track by track ia adalah sesi rakaman sorang2. 

Mula2 kitorang masukkan track drum. Maknanya aku kena main drum sorang2 dalam studio tu berpandukan metronome. Memang susah gilerlah sebab 1st time & x de pengalaman. Lepas tu aku gak masukkan track bass lak. Kemudian masukkan track rythm gitar dan akhirnya lead gitar. Baru siap basic lagu je. Pastu balik umah & next week kitorang pegi wat rekod suara vocalist lak.

Best! pengalaman wat rekod di waktu tengah malam sampai ke subuh. Tak sangka sampai macam ni perubahan yang aku akan alami sejak berkecimpung dalam arena muzik indiependent. Kalu dulu hanya main live di show2 kenduri kawin je sekarang dah kira naik taraf skit. Dah ade lagu sendiri & dah bleh wat rakaman. Yeaho0o0o0...........



Inilah line up mas wat rakaman demo dulu tu:



Vocalist: TG a.k.a Mar

Drummer: Oniechiwa a.k.a Aku la....

2nd Guitarist: Doll

1st Guitarist: Izzu

Bassist: Oniechiwa a.k.a Aku la niii.....


Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA