Open Gigz @ Uptown Shah Alam

Yeahh.....22/9/2012 ari Sabtu malam minggu aku ade gig kat Uptown Shah Alam anjuran Alam Gapura Group. Bos Alam Gapura iaitu Asmadi sudah buat comeback. Lama dah tak bekerjasama dengan Asmadi nih. Dah dekat2 setahun kalau tak silap aku.

Flyers 

Okeh, untuk gig ni aku bakal perform dengan kedua-dua band iaitu Tomato Gebu dan juga Shimizu. Sekarang ni tengah pilih-pilih lagu yang nak dipersembahkan. Ini pertama kali kitorang nak turun perform kat Uptown Shah Alam. Untuk pengetahuan korang, malam semalam baru pas jamming dengan Shimizu untuk memantapkan persembahan kitorang nanti.

Yang pasti kalau mengikut perkiraan, Shimizu akan bawak lagu2 ciptaan kitorang sendiri dan Tomato Gebu akan persembahkan lagu-lagu sendiri dan jugak lagu-lagu cover artis semasa. Kalau ade masa jemput la datang ke sana yer. 

TOMATO GEBU
Anda sudah sedia!!!!!!!!!

SHIMIZU
Saksikan persembahan kami

Selain dua band aku ni, antara band yang bakal perform lagi adalah Apple Band(Ampang, KL), Stringthesizers(Putrajaya/Klang), Mind Blank(Ipoh) & Last Sakura(Ipoh). Macam2 genre muzik digabungkan sekali. Memang best dan aku berani jamin yang persembahan malam tu akan menjadi happening kerana band2 yang bakal perform bersama-sama nanti tak dapat disangkalkan lagi kewibawaan mereka di dalam arena muzik indiependent tanah air.

Korang datang lah ye untuk meramaikan majlis. Tomato Gebu akan bagi hadiah berupa demo pertama kami "From Taiping With Rock" kepada penonton bertuah yang terpilih. Manalah tau kot2 korang yang bertuah tu hahahaha...........

Comments

Popular posts from this blog

Memory Remains

My Lovely Little Machinez

RAPIDO + CORSA